? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 30, 2009

TAKSONOMI BLOOM

KULIAH MINGGU 2
Interaksi 3 dan 4

TAKSONOMI??

- Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalampendidikan iaitu :
Ø Domain Kognitif - melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain Afektif - melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain Psikomotor - melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi menjadi beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut dibahagi lagi ke dalam pembagian yang lebih terperinci berdasarkan hierarkinya.



  • Menjurus kepada kognitif (pemikiran).
  • Tidak menafikan psikomotor dan afektif tetapi menekankan kognitif.
  • Aspek - fakta, teori dan hukum
  • Tujuan - membina kemahiran pemikiran dan pemahaman. Contohnya , senaraikan isi penting yang terdapat dalam cerpen.

Terdapat enam (6) aras bagi Taksonomi Bloom

  1. Pengetahuan
  2. Kefahaman
  3. Aplikasi
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian

Bagi tahun 1, tidak semestinya setiap aras dalam Taksonomi Bloom diserapkan ke dalam soalan mereka.

1. Pengetahuan (Knowledge)

  • Tujuan - mengingat semula semua perkataan tanpa berlaku sebarang perubahan.
  • Objektif am - untuk mengetahui fakta
  • Objektif Khusus - murid dapat melabel, menyatakan dan menuliskan.
  • Kata kunci - apakah, di manakah, siapakah
  • Selalunya soalan berbentuk pengetahuan tidak lebih daripada 2 atau 4 soalan dalam sesuatu soalan peperiksaan dan soalan pengetahuan berbentuk negatif (kecuali, sebaliknya) tidak melebihi 20%.

2. Pemahaman (Comprehension)

  • Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara.
  • Aras yang tinggi sedikit berbanding aras pengetahuan.
  • 3 perkara penting dalam peringkat ini ialah :

- terjemahan isi kepada huraian

- memberi tafsiran/makna sesuatu maklumat

- ekstrapolasi (tafsiran lanjut) berdasarkan maklumat yang digambarkan.

  • Tujuan - untuk memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menjangkakan kemungkinan.
  • Objektif Am - faham, jelas, dapat menterjemah dan menelaah pelajaran.
  • Objektif Khusus - menjelaskan, merumuskan dan membezakan.
  • Contoh-contoh soalan : ringkaskan cerita kefahaman, membandingkan, soalan yang melibatkan perkataan antonim atau sinonim dan bertanyakan tujuan.


3. Aplikasi (Application)


Tujuan - Pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah maujud (konkrit).

  • Tujuan - Pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah maujud (konkrit).
  • Objektif Am - menggunakan dan menjelaskan.
  • Objektif Spesifik - menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkaitkan.
  • Jenis soalan - bagaimana, jelaskan...
  • Aras aplikasi juga menekankan penggunaan kaedah, prinsip, hukum dan teori.
  • Mesti memahami dan tahu akan aras pengetahuan dan pemahaman.

4. Analisis

  • Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara2 yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
  • Tujuan - menaakul sebab (mencari sebab) dan musabab (akibat). Contoh: berikan faktor2
  • meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
  • Objektif Am (implisit) : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan data, sebab dan akibat.
  • Objektif spesifik : meencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi.
  • Cth soalan : Yang manakah.....

5. Sintesis

  • Menguji kebolehan calon mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
  • Tujuan - membentuk sesuatu yang baharu.
  • Objektif am - menulis karangan, cadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.
  • Objektif spesifik - Menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.
  • Contoh : Buat ayat majmuk daripada soalan mudah

Bina ayat daripada perkataan yang diberikan.

  • Cipta sesuatu yang baharu tanpa bantuan.
  • Kosa kata popular : Gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, karangkan, susunkan.

Contoh : 1. Mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh menyelesaikan masalah itu.

Contoh : 2. Mencipta : Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan....

6. Penilaian

  • Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberi pendapat sesuatu penyatuan dsb.
  • Tujuan - membuat penilaian dan pertimbangkan berdasarkan kriteria tertentu.
  • Objektif Am - menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.
  • Objektif Spesifik - menilai membuat pertimbangan
  • Jenis - Sejauhmana, nilaikan, apa pendapat kamu..
  • Kosa kata popular - nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan..
  • Contoh soalan - pada pendapat kamu, ujian yang mana lebih sesuai untuk penilaian pendidikan ujian lisan atau bertulis.

DOMAIN AFEKTIF KRATHWOHL 1964

(TAKSONOMI OBJEKTIF AFEKTIF)

Disusun dalam lima peringkat :

1. Penerimaan

2. Bertindak balas

3. Menilai

4. Organisasi

5. Perwatakan

Kesemua peringakt ini merangkumi bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai.

Cara P&P dicapai objektif berdasarkan lima peringkat ini :

1. PENERIMAAN

    • Keinginan dan kesanggupan menerima
  • kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan
    • Kesedaran
  • Faktor estetik - reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.
    • Perhatian terkawal
  • Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan, seperti menghayati orang mendeklamasi sajak

Objektif Am

  • mendengar dengan berhati-hati.
  • menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
  • menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
  • menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
  • mengambil bahagian dalam aktiviti kelas (bersoal jawab).

HP Spesifik

  • menyoal
  • memilih
  • menghuraikan
  • mengikut
  • mengenal pasti
  • menamakan
  • menggunakan

2. BERTINDAK BALAS

  • Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara/rangsangan.
  • Mengambil bahagian secara aktif
  • Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas.

3 Kategori

1. Persetujuan membalas

- kemahuan dan kesediaan mematuhi peraturan sekolah.

0 comments: