? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 20, 2009

JENIS-JENIS ITEM / SOALAN

Terdapat dua jenis bentuk item iaitu item jenis objektif dan item jenis subjektif

JENIS ITEM OBJEKTIF


  • Merupakan item respon tetap
  • Pilih satu jawapan daripada beberapa pilihan
  • Mempunyai satu pokok soalan (stem) dan beberapa jawapan

PANDUAN PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF

1. Pokok Soalan (Stem)

  • bahasa mudah difahami
  • boleh buat ayat, soalan, tidak lengkap
  • kesukaran ikut aras JSU
  • Elakkan atau kurangkan soalan berbentu negatif (kecuali, bukan atau tidak).
  • Gambar rajah mesti disertakan

2. Pilihan Jawapan

  • Hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan. (pendek - panjang soalan)
  • Elakkan perkataan berulang.
  • Pastikan satu jawapan sahaja yang betul.
  • Distraktor mesti ada.
  • Elakkan jawapan tidak ada jawapan / 'semua di atas'

3. Struktur item/ soalan

4. Bahan rangsangan (stimulus)

KELEBIHAN SOALAN OBJEKTIF

  1. mudah membina soalan dalam bentuk struktur : padanan
  2. Mudah untuk diperiksa
  3. Mempunyai ciri kebolehpercayaan - boleh ditadbir dalam masa yang ditetapkan.
  4. Menguji banyak topik.

KELEMAHAN SOALAN OBJEKTIF

  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea kerana jawapan yang terhad.
  2. Menggalakkan tekaan / 'skor nasib'
  3. Sukar dibina
  4. Tidak dapat mengukur keaslian (tahap pelajar).
  5. Calon yang banyak tidak perlu belajar banyak / teknik tolakan.

JENIS ITEM SUBJEKTIF

  • Tidak ada jawapan
  • Memberi kebebasan calon menjawab soalan, iaitu calon bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri.
  • Menguji kefahaman dan kemahiran menyusun idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang pelajari.
  • Terdapat dua bentuk yang yang dikenali sebagai jenis respons terhad dan jenis respons lanjutan.

PANDUAN PEMBINAAN SOALAN SUBJEKTIF

1. Bina JSU

  • Untuk mengetahui aras, konstruk yang diuji

2. Guru gubal soalan

  • tugas soalan hendaklah jelas & lengkap
  • Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
  • Gunakan perkataan huraikan, gubahkan, terangkan, jelaskan....
  • Untuk meningkatkan kebolehpercayaan
  • Sediakan skema pemarkahan

CARA MEMERIKSA SOALAN SUBJEKTIF

  1. Secara analitik - setiap satu perlu diteliti
  2. Secara holistik - secara menyeluruh

KELEBIHAN SOALAN SUBJEKTIF

  • Lebih mudah digubal - Tidak banyak soalan
  • Sesuai untuk semua subjek. Contoh, matematik, sains dan sebagainya.
  • Sangat sesuai untuk keenam-enam aras Taksonomi Bloom
  • Boleh membuat analisis dan menintegrasikan idea-idea
  • Kurangkan konsep tekaan / 'skor nasib'

KELEMAHAN SOALAM SUBJEKTIF

  • Bidang yang hendak diuji terbatas/terhad
  • Boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dalam sesuatu bidang sahaja
  • Pemeriksaan jawapan mengambil masa yang lama.

0 comments: